PERMUDAHKAN PRU13 UTOK PR :**
Saya
impikan TV dipenuhi rancangan agama, filem-filem yang islamik dan tiada
rancangan-rancangan yang melalaikan. Ketika itu anak-anak dan keluarga
saya boleh menjadikan TV sebagai tempat mencari ilmu. Saya tidak akan
risau untuk membiarkan anak-anak menontonnya.
Saya impikan
pemimpin dari kalangan ulama'-ulama' yang soleh. Kerana di sana mereka
akan berlaku adil dalam pemerintahan. Dan mereka tidak
akan menyeleweng harta-harta negara. Mereka juga akan mewakili suara
islam untuk mempertahankan negara-negara islam yang ditindas. Selain
peribadi tinggi yang mampu dicontohi dan menjadi kebanggaan seluruh
rakyat.
Saya impikan sebuah negara yang menggunakan dasar
pemerintahan Islam, kerana pemerintahan islam itu pemerintahan yang adil
untuk semua agama dan bangsa. Dasar islam akan menjamin keharmonian
masyarakat majmuk. Juga menjauhkan sentimen.
Saya impikan
kualiti pendidikan negara meningkat. Lepasan universiti yang semakin
mengenali mana baik dan buruknya. Dan semakin mengenali dosa dan pahala.
Pendidikan yang mampu membina akhlak dan peribadi. Maka wujudlah
masyarakat yang harmoni.
Saya impikan undang-undang islam
menjadi terasnya. Kerana undang-undang islam itu adalah kewajipan
daripada Allah untuk dilaksanakan. Dengannya menjadi benteng keamanan
negara. Lihat saja perbezaan jenayah di negara yang melaksanakan
undang-undang islam dan undang-undang barat.
Saya impikan
masjid-masjid yang hidup, majlis-majlis ilmu yang memenuhi setiap ceruk
kampung, tempat-tempat maksiat dihapuskan, anak-anak muda yang berjiwa
besar, dan masyarakat yang berilmu.
Saya impikan semua
non-muslim dapat mengenali dan melihat islam yang sebenar melalui sudut
pemerintahan, akhlak, keadilan, keharmonian, yang akhirnya mereka
tertarik untuk melafazkan dua kalimah Syahadah. Mereka mesti mengenali
islam dan beriman sebelum kembali kepada Allah.
Saya impikan
hasil bumi negara diuruskan dengan cemerlang, dengannya kita akan
menguasai ekonomi. Lalu kehidupan rakyat menjadi lebih baik. Tiada lagi
kemiskinan dan penindasan. Rakyat akan bertambah cinta kepada tanah
airnya sendiri.
Saya impikan semua ini menjadi kenyataan, namun
saya tidak pasti adakah saya mampu kecapinya selepas PRU kali ini
ataupun tidak. Jika tidak, saya perlu tingkatkan lagi usaha untuknya.
Dan saya pasti, Allah akan bersama dengan mereka-mereka yang adil dan
yang cintakan keadilan.