::Snow Pink::
D'Owner!

Navigation : Hover the image



Entries About Linkies Stuff

Annyeonghaseyo.Diary kehidupan Faizatul qistina@zainal's daughter


Tagboard!

Put your CBOX codes here!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Faizatul Qistina
Others:   


PEMINANG BIDADARI!! HEBAT BUKAN ??



KISAH UMMU IBRAHIM PEMINANG BIDADARI..
Dikisahkan oleh ahli sejarah,bahawa musuh telah melanggar batas sebuah negeri Islam.Lalu Abdul Wahid Bin Zaid (Abu Ubaid),seorang Khataib di Basrah,pergi melakukan seruan-seruan ke desa-desa untuk menyeru pemuda-pemuda pergi berjihad.Di dalam seruan nya itu Abu Ubaid telah menggambarkan betapa indah nya syurga dan ganjaran-ganjaran yang di janjikan oleh Allah kepada para syuhada termasuk lah akan indah nya bidadari yang mendampingi syuhada-syuhada di Syurga kelak.


Seruan-seruan Abu Ubaid telah mengobarkan api jihad di dalam jiwa kaum muslimin.Seruan itu di sambut dengan tangis terharu penuh kerelaan untuk meggadaikan nyawa,harta dan diri di jalan Allah.Di sebalik tangis haru orang ramai keluar seorang wanita tua yang telah uzur,datang menemui Abu Ubaid.Lantas ia berkata..

''Wahai Abu Ubaid,apakah engkau mengenali anakku,Ibrahim?.Anakku Ibrahim telah di lamar oleh seorang petinggi Basrah untuk di jodohkan dengan anak perempuan nya,tetapi aku telah menolak.Demi Allah,wahai Abu Ubaid ...aku sangat tertarik dengan bidadari yang emgkau sebutkan tadi,aku rela bidadari itu menjadi pengantin anakku.Maka,ulangi lah akan ucapanmu tentang keindahan bidadari itu,agar aku dapat mengingati ucapan mu itu dan akan ku ceritakan pada Ibrahim agar dia tertarik pada bidadari itu''

Mendengarkan kata-kata wanita tua yang di kenali sebagai Ummu Ibrahim itu,lantas Abu Ubaid mengulangi ucapan nya.Ummu Ibrahim bingkas bangun setelah selesai Abu Ubaid menghabis ucapan nya lalu berkata ..

''Wahai Abu Ubaid,demi Allah aku telah redha dengan bidadari itu sebagai pendamping anakku Ibrahim.Apakah engkau mahu menikahkan anakku Ibrahim dengan bidadari indah itu,dengan mengambil dariku sepuluh ribu dinar sebagai maharnya?.Ya Abu Ubaid,semoga Allah menjadikan nya seorang pahlawan yang mati syahid sehingga mampu memberi syafaat bagi ku dan ayahnya di hari kiamat kelak''

Abu Ubaid menjawab '' Baiklah Ummu Ibrahim,aku bersedia.Semoga kalian berdua mendapat keberuntungan yang besar''.Mendengarkan ucapan Abu Ubaid,Ummu ibarahim merasa gembira,lantas dia berteriak memanggil anak nya..

''Ya Ibrahim,Ya anakku Ibrahim !! apakah engkau rela dengan bidadari yang di sebut tadi sebagai Isteri mu,sebagai menantuku,dengan jantung dan nyawamu yang kau korbankan di jalan Allah sebagai maharnya?.tanya ummu Ibrahim kepada anaknya.Anaknya Ibrahim seorang pemuda tampan berjanggut rapi berkata '' baiklah ibu,aku bersedia''

Terus sahaja Ummu Ibrahim berlari pulang kerumahnya untuk mengambil sepuluh ribu dinar.Kemudian ia menadah tangan sambil berdoa ..

''Ya Allah..saksi kan lah Ya Allah,bahawa aku menikahkan anakku dengan bidadari syurgaMu.sebagai maharnya,ia mengorbankan jantungnya dalam perang di JalanMu.Maka terima lah ini wahai Dzat yang Maha Mengasihi''

Ummu Ibrahim kembali menemui Abu Ubaid untuk menyerahkan wang sepuluh ribu dinar itu,namun Abu Ubaid menolak wang itu dan berkata..

''Wahai Ummu Ibrahim,wang sepuluh ribu dinar itu adalah mahar bagi bidadari itu,bekal kan lah ia dalam perang di Jalan Allah''

Tanpa tangguh-tangguh,Ummu Ibrahim terus membeli kuda dan peralatan perang serta bekal menggunakan wang sepuluh ribu dinar itu.Bekalan yang cukup untuk beberapa hari didalam perjalanan menuju medan perang sama layaknya para mujahidin lain nya yang sedang menata bekalan.

Ketika Ummu Ibrahim hendak berpisah dengan anakknya,ia menitipkan pesanan kepada Ibrahim serentak mengalungkan kain kafan ke leher Ibrahim dan menyapu kan minyak (minyak yang di gunakan untuk di tabur ke tubuh mayat).Ummu Ibrahim menatap anak nya dengan perasaan terharu dan berlinang airmata sambil tersenyum ia berpesan ..

''Wahai anakku Ibrahim,kalau kamu sedang berperang dengan musuh,pakai lah kain kafan ini dan minyak ini ke tubuhmu supaya engkau tidak leka,jangan sampai Allah melihat mu sebagai orang yang lalai berperang di JalanNya''.Ummu Ibrahim mendakap anaknya dan mencium anaknya lantas berkata lagi..

''Pergi lah wahai anakku,pergilah berperang di JalanNya,Allah tidak akan menemukan aku denganmu lagi kecuali di hari akhirat kelak di hadapanNya''

Ibrahim pun berangkat ke medan perang bersama para mujahidin,meninggalkan si ibu yang merestui dan mendokan nya mendapat syahid.

Ketika pasukan Mujahidin sampai di negeri musuh,masing-masing pihak telah bersiap untuk bertempur.Ibrahim dengan gagahnya maju ke depan sekali,bermula lah peperangan.Anak panah pun berterbangan mengiringi para pahlwan yang sedang bertempur.Sementara itu Ibrahim berhasil menyusup ke barisan pertahanan musuh dan memporak-porandakan pertahanan musuh.Dia berhasil membunuh lebih dari 30 orang tentera musuh.Ketika musuh menyedari serangan Ibrahim itu,mereka telah mengepungnya,ada yang menombak nya,memukul dan menyerang nya secara beramai-ramai.Ibrahim tetap tegar melakukan perlawanan hingga ia terjatuh dari kuda nya dan dibunuh serta merta.

Pertempuran itu di akhiri dengan kemenangan pasukan mujahidin yang berhasil memukul mundur pasukan musuh.Setelah perang berakhir,pasukan mujahidin pun kembali ke Basrah.Sesampainya mereka di Basrah,semua penduduk menyambut mereka.Lelaki,orang-orang tua,kanak-kanak,juga para wanita keluar beramai-ramai menyambut mereka,tidak terkecuali Ummu Ibrahim,ibu kepada Ibrahim.


Ummu Ibrahim segera menemui Abu Ubaid ketika dia melihat Abu Ubaid.Lantas ia menghampiri Abu Ubaid lalu bertanya,

''Wahai Abu Ubaid,adakah Allah menerima pinangan ku sehingga aku merasa bahagia atau Dia mengembalikan hadiah ku itu sehingga aku merasa kecewa''?

Jawab si Abu Ubaid ,'' Wahai Ummu Ibrahim,berbahagia lah.Allah telah menerima pinangan mu itu dan hadiah mu,aku berdoa agar anakmu Ibrahim saat ini sedang berbahagia bersama para syuhada yang di rahmati''

Dengan linangan airmata gembira Ummu Ibrahim menadahkan tangan nya '' Segala puji bagi Allah yang telah mengabulkan keinginan ku dan semoga Dia menerima amal Ibadahku''.

Ummu Ibrahim terus bergegas pulang kerumah dan masuk ke kamar Ibrahim.Ummu Ibrahim mengambil baju ibrahim,di dakap nya baju itu untuk melepaskan rindu sehingga ia tertidur di tempat tidurnya Ibrahim.

Keesokan hari nya Ummu Ibrahim bergegas menuju ke majlis kenduri Abu Ubaid.Sesampainya di sana ia berkata kepada Abu Ubaid, '' WAHAI ABU UBAID.. YA ABU UBAID ... BERGEMBIRALAH.... BERGEMBIRA LAH....''.

Abu Ubaid menjadi kehairanan lantas saja dia terus bertanya '' wahai Ummu Ibrahim,mengapa engkau tidak henti2 nya bergembira,hai Ummu Ibrahim,ceritakan pada ku apakah yang telah terjadi''
Ummu Ibrahim dengan tersenyum berkata,''Semalam aku tertidur di kamar Ibrahim,aku bermimpi melihat anakku berada dalam taman yang indah.di atas nya ada kubah hijau.Ibrahim berbaring di pembaringan yang di perbuat dari permata nan indah,Ibrahim telah berkata padaku , WAHAI IBU,HAI IBU KU,BERGEMBIRA LAH WAHAI IBU..MAHARKU TELAH DI TERIMA DAN PENGANTIN TELAH PUN BERSANDING....'',cerita Ummu Ibrahim kepada Abu Ubaid dengan gembira....


TERJEMAHAN DARI PENULISAN :DR A'IDH AL QARNI,DR MUHAMMAD BIN ABDDURAHAMAN AL URAIFI DAN SYEIKH MUHAMMAD HUSSAIN YAAQUB.
DARI : NASKAH MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR HALAMAN 29-33